Assalamualaikumm.. Mula berpindah ke http://hanisdamanhuri.com..
Bukit Lanjan pula kini telah dilanda “tsunami politik”. Setelah Bukit Gantang dan Bukit Selambau dilanda fenomena politik yang menggugat kerajaan negeri, kini bukit ketiga pula menjadi sasaran seterusnya. Adakah kebetulan atau ada perancang atau “momok” disebalik kisah yang berlaku ini.
Seranga peribadi yang berlaku kepada Ahli Dewan Undangan Negeri. Elizabeth Wong memang telah benar-benar menguji kesabaran dan kredibaliti beliau sebagai YB. Gambar tidak sopan beliau yang telah tersebar melalui internet membuatkan beliau menawarkan diri untuk melepaskan jawatan yang disandang sekarang ini.
Adakah ini serangan ke atas diri beliau atau ke atas parti yang beliau wakili sekarang ini?
Mahasiswa.. Bangkitlah untuk mengkaji isu-isu sebegini agar minda kita matang dengan isu-isu yang sedang bermain di sekitar kita dan kita mampu untuk memberi sebarang respon sebarai pandangan dari golongan mahasiswa. Agar tidak kita lesu bila sudah keluar dari alam kampus dan mengambil sikap tidak ambil peduli dengan dunia sekeliling. Jadilah seorang yang responsif. Mulakan dari sekarang.
Teman.. Bangkitlah untuk menambah ilmu yang tidak pernah habis untuk kita timba. Jangan hanya sekadar menadah ilmu formal dibilik-bilik kuliah, tapi berusaha untuk belajar mengasah minda agar lebih tajam dan sensitif dengan segala yang berlaku melalui ilmu-ilmu yang tidak formal.
Masyarakat impikan mahasiswa yang mampu mengubah dan mencorakkan masa hadapan Negara. Mahasiswa Tonggak Negara. Ubahlah diri kita terlebih dahulu agar nanti kita mampu untuk membuat perubahan dalam masyarakat. Jangan biar masyarakat mengubah kita, tapi kita yang akan mengubah masyarakat suatu hari nanti. insyaAllah.
Firman Allah dalam al-Quran dalam Surah Ar-Ra’d, ayat 11:
Verily never will Allah change the condition of a people until they change it themselves (with their own souls). But when (once) Allah willeth a people's punishment, there can be no turning it back, nor will they find, besides Him, any to protect.
:: Melangkah Untuk Menjadi Mahasiswa Yang Responsif..::
“ Eh, Man. Kau ada lagi satu semester
Pasti situasi sebeginilah yang sering berlaku pada mahasiswa yang akan menamatkan proses pembelajaran di IPTA atau IPTS. Tidak kira diperingkat mana pun.
Bersesuaian dengan tajuk pos kali ini. Di manakah kita hendak bermula untuk menabur bakti kepada masyarakat kelak? Pasti masyarakat ternanti-nanti produk yang terhasil dari “Menara Gading”. Tidak kira lah anak petani ke, anak guru ke, anak tukang sapu ke, anak doktor ke, waimma anak pensyarah sekalipun. Bagaimana kita hendak bermula?
Seorang pensyarah aku pernah memberikan satu tips untuk persoalan yang timbul di atas.
“Antum terutama yang lelaki, langkah pertama untuk masuk ke dalam masyarakat, selalulah solat berjemaah di masjid atau surau. InsyaAllah dari
Sebagai kesimpulan, walau kos apa sekalipun yang kita ambil semasa kita belajar di IPTA atau IPTS, lebih-lebih lagi bidang agama, mulakanlah langkah anda di masjid atau surau. Berjinak-jinaklah dengan “Rumah Allah”. Di
Firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 122 :
Nor should the Believers all go forth together: if a contingent from every expedition remained behind, they could devote themselves to studies in religion, and admonish the people when they return to them, that thus they (may learn) to guard themselves (against evil).
:: Melangkah Untuk Menabur Bakti Kepada Masyarakat..::
:: Aku Juga Ingin Jadi Hebat Dan Terbaik Seperti Dia…::
Posted by Muhammad Hanis DamanhuriSiapalah aku ini? Seorang insan kerdil yang baru belajar bertatih bagi merubah diri menjadi seorang yang mampu memberi sesuatu pada masyarakat kelak. Aku ingin menjadi seperti dia. Siapakah dia? Dialah mentor aku. Dialah sayap kiri aku dalam perjuangan ini. Kini dia telah berada di suatu puncak yang boleh dibanggakan. Tapi aku bilakah pula akan mengecapi sebegitu? Bukan glamor atau pangkat juga pujian yang aku inginkan, tapi suatu tahap yang bisa membuat diri ini berbakti pada manusia seluruhnya. Agar batang tubuh ini tidak pergi dengan sia-sia suatu hari nanti.
Aku perlu menolak tepi dahulu keselesaan ataupun mengurangkannya. Kerana keselesaan inilah yang membuat aku sentiasa berfikir dan berada di kondisi yang sama setiap masa tanpa perlu melakukan suatu perubahan pada diri ini. Itu suatu kerugian yang amat besar.
Tembok penghalang pada diri ini yang dihuni ketakutan, kemalasan, takutkan cabaran perlu aku runtuhkan sedikit demi sedikit. Biarkan ia terus terhakis dan diganti dengan tembok semangat, keyakinan dan kecekalan yang aku mula semaikan sekarang ini. Aku inginkan perubahan pada diri aku. Aku perlu berubah.
Mentorku.. kaulah guruku dalam perjuangan yang tiada boleh dinilai ini. Semangatmu membuatkan naluriku meronta untuk mengejar kejayaanmu. Akan aku cuba mengikut jejak langkahmu untuk menjadi hebat. Dikau harapanku. Dikau harapan insan-insan yang bakal menggantikan tempat kita nanti. Dan yang pasti, itulah harapan kita bersama nanti.
Kau doakanlah agar aku berupaya menjejakimu dengan daya yang aku miliki ini. Ya Allah.. Bantulah kami mengecapi kebahagiaanmu..
:: Melangkah dan terus melangkah untuk berubah menjadi yang Terbaik…::
:: Dulu Avril, Sekarang Rihanna Pula??::
Posted by Muhammad Hanis DamanhuriSudah kaburkah mata kita dengan apa yang berlaku? Sudah tidak ambil pedulikah dengan pembangunan akhlak remaja kini? Masih relevankan tindakan kerajaan meluluskan Konsert Rihanna yang acap mengatakan ingin mahu mewujudkan masyarakat yang sopan peribadinya?
Dulu Avril nak datang.. Ramai menentang. Pelbagai usaha telah dibuat, tapi macam-macam helah diberikan untuk kerajaan “menghalalkannya”. Tentangan dari pelbagai lapis masyarakat. Mahasiswa. Aktivis. NGO dan pelbagai lagi. Mulanya dikatakan batal. Tapi khabar gembira itu hanya sementara kerana ini sekadar gimik untuk meredakan keadaan yang memperlihatkan kemarahan masyarakat yang BENCI kepada kemungkaran.
Keyakinan rakyat pada kerajaan semakin goyah. Ke mana suara rakyat dalam Negara demokrasi diletakkan?? Mulut ditutup dengan “tangan-tangan” lutsinar yang menghantui rakyat agar terus berdiam diri. Senyap seribu bahasa. Namun masih wujud golongan yang inginkan suara kebangkitan rakyat. Bersama menabur semangat agar ketuanan Islam terus kekal, sifat ketimuran terus bersemadi di bumi Malaysia. Mengajak untuk bangkit bersama.
Kini satu lagi. Rihanna pula bakal menemui rakyat Malaysia terutama remaja. Apa tindakan kita?? Masih mahu melihat dalam “selimut”?? Masih tegar melihat anak bangsa kita terus hanyut?? Bangkitlah rakyat. Bangkitlah Umat Islam mempertahankan maruah. Jangan biarkan ia terus dicalar dan dirobek rakus. Seolah-olah kita redha dengan perbuatan mereka untuk merosakkan anak bangsa kita.
:: Bangkit Memperjuangkan Kesopanan Rakyat ::
:: Islam Dahagakan Pemimpin Berkarisma ::
Posted by Muhammad Hanis DamanhuriPost kali ini aku nak berceloteh sedikit tentang negaraku.. maaf la kalau tak de isi. Hanya untuk berlatih membiasakan diri dengan menulis. Agar minda sentiasa terasah dengan isu semasa. Huhu..
Fenomena yang berlaku sekarang ini telah jelas memberi gambaran kepada kita tentang seriusnya krisis kepimpinan yang berlaku dalam Negara. Adakah kita telah mula ketandusan pemimpin islam yang berkaliber? Adakah sudah tiada lagi insan di Malaysia ini yang mengambil intipati sejarah pemerintahan khalifah-khalifah Islam terdahulu untuk diadaptasikan sekarang? Sultan Muhammad Al-Fateh telah berjaya membuka Kota Constantinople dengan kecemerlangan kepimpinan yang dimiliki.
Inilah persoalan yang sering timbul untuk kita sama-sama huraikan. Ayuh umat Islam semua. Ayuh mahasiswa. Sekarang telah tiba masa untuk kita mencari kembali asas yang kian kabur ditelan kemewahan dunia. Asas-asas kepada keperibadian pemimpin Islam. Asas-asas kepada kecemerlangan Tamadun Islam.
Adakah kita tidak malu dengan pengorbanan yang telah pejuang-pejuang Islam dilakukan suatu masa dahulu? Titisan peluh dan darah dipertaruhkan bagi melihat Islam terus cemerlang. Tapi kini, kita hanya melihat ketamadunan itu hanya tinggal ucapan di mulut, tapi tidak dapat dilihat o;eh mata kita. Sampai bila kita hendak terus melihat perkara ini terus menghantui kita?
Wahai Umat Islam. Wahai Pejuang Islam. Wahai mahasiswa Islam.
Surah At-Taubah: Ayat 122 ada menyebut.
Meanings Translations: (By: Abdullah Yusuf Ali)
Nor should the Believers all go forth together: if a contingent from every expedition remained behind, they could devote themselves to studies in religion, and admonish the people when they return to them, that thus they (may learn) to guard themselves (against evil).
(At-Tauba 122)
Mahasiswa.. Gunakan masa yang ada sekarang ini untuk engkau mengukir acuan ke arah suatu keajaiban. Lenturlah dirimu agar suatu hari nanti kau bakal menggegar bumi. Bagi melihat tertegaknya Syiar Islam di serata dunia. Tidak kira di mana kita. UM, UKM, USM, UPM, UPSI dan segala tempat unruk menuntut ilmu. Sedarlah bahawa ini adalah medan terbaik untuk kita membentuk dan menjana diri kita sebelum kita melangkah ke masyarakat yang sentiasa mengharapkan perubahan dan sesuatu yang baik bakal hadir dari seorang yang bergelar mahasiswa.
Mahasiswa.. Bakar kembali semangat dirimu agar jiwa pengorbanan dan perjuangan kembli marak. Melangkah dan terus melangkah untuk memimoin ummah. Kita semua adalah pemimpin dan akan dipertanggungjawabkan atas apa yang kita pimpin.
:: Menogkah Ke Suatu Destinasi Yang Realiti..::
Suatu persoalan yang menarik. Di mana kita tercicir? Siapa yang membuat kita tercicir? Apa sebab kita boleh tercicir?
Mungkin soalan ini yang anda semua bayangkan bila mula- mula membaca post aku kali ini.
3 sebab seseorang itu tercicir:
- Pemimpin yang tidak melaksanakan tugas.
Kalau kita perasan la, perkara ini memang banyak berlaku zaman sekarang. Nak jawatan hanya untuk mengejar duniawi. Eh, kita tak sedar ke yang jawatan itu bukan kemuliaan, tetapi tanggungjawab yang perlu dilaksanakan? Ni lain plak jadinya. Bila dapat jawatan je, rambang mata. Nak tambah lagi kekayaan. Rasuah sana sini. Lompat sana sini. Ish3.
Bukan itu saje. Kadang2 pemerintah juga lupa untuk meraikan ahli atau orang yang dipimpin dari segi kemahiran yang mereka miliki. Sudah2, orang yang dipimpin tu rasa tak dihargai dan mula nak menjauhkan diri dan membalas dendam. Kan dah susah.
Selain tu, kesilapan yang selalu jadi bila pemimpin tersalah letak sesuatu atau seseorang pada posisi yang betul. Bila dah salah letak dan tak kena dengan jiwa. So, buat keje main2 je la. Produktiviti pun tak de. Bos jgk yang pening.
- Sistem tarbiyah (latihan) yang tidak berkesan.
Kekadang perkara ni yang kita sering terlepas pandang. Padahal inilah perkara pokok yang perlu kita ambil berat bagi melahirkan seseorang yang berwibawa. Bila perkara asas pun kita ambil endah tak endah je. Hasil yang kita dapat pun ala kadar je la. Kalau buat rumah janji siap, rumah kita tu pun pun nanti siap jgk, tapi tak de kualiti la. Bocor sana, lubang sini. Senget sana, pecah sini.
- Masalah individu.
Setiap orang ada masalh tersendiri. Masalah peribadi? Sudah tentu. Masalah berpersatuan? Hmmm.. Jangan dikira la banyaknya. Tapi yang penting kita jangan jadikan masalah peribadi itu sebagai penghalang atau penyebab untuk kita tercicir. Bagaimana caranya? Banyak membaca dan mohon pada Allah agar dikuatkan hati kita. Dan jangan merasa yang kita sahaja yang mempunyai masalah. Orang lain pun ada masalah. So, takamul each other. (Kata Mentor aku..)
:: Mengatur Langkah Menjadi Yang Terbaik..::
Aku kira tentu ramai yang ingat dengan lagu sebuah Kumpulan Nasyid terkenal tanah air kita, Rabbani yang pernah menyanyikan lagu ini. “Antara Cita-cita dan Cinta.”
Itulah yang sedang ligat bermain dalam fikiranku dalam lingkaran waktu sekarang ini.
Setiap insan pasti ada cita-cita yang diimpikan dan dihajati. Pelbagai usaha dicorak dan langkah diambil untuk merealisasikannya. Ia memainkan peranan yang sangat optimum bagi membentuk jalan kehidupan hidup kita. Ke arah mana kita akan tuju. Cita-cita juga menjadikan seseorang itu berjiwa yang besar. Sanggup menempuh apa sahaja halangan yang ditemui untuk merealisasikannya.
Tapi, sedar atau tidak. Cita-cita itu mungkin akan sedikit mengambil tempoh yang lama untuk dicapai lantaran cinta yang terlalu mendalam akan sesuatu. Cinta pada keadilan. Cinta pada kesejahteraan. Cinta pada agama. Cinta pada Allah, Pencipta sekelian manusia. Cinta yang lahir dalam jiwa dari kefahaman yang ditanam dalam benak fikiran dan kesedaran dihati. Cinta yang sejati dengan perjuangan Islam. Semua itu lagi besar matlamat dan kepentingannya dari cita-cita yang diidamkan.
Cita-cita perlu dialih dan diletakkan sekejap ditepi bagi memberi laluan pada cinta yang Hakiki. Cita-cita yang bermatlamat tinggi akhirnya tumpas oleh kepasrahan hati yang tunjuk pada Rabbul Izzati. Hanya jiwa yang kenal erti kerelaan dan kepasrahan sanggup berhadapan dengan Cinta ini. Bagaikan daya tarikan magnet yang berjumpa dengan kutub yang berlainan. Dicantum rapat apabila bertemu.
Ya Allah. Aku berserah padamu. Aku mengerti dan aku berharap akan ada penghujung yang lebih baik bagiku suatu masa nanti. Amin..
بسم الله توكلت على الله لا ØÙˆÙ„ ولا قوة إلا بالله العلي العظيم
:: Cita-cita Yang Menggunung Tinggi Tewas Juga Pada Cinta Yang Mendalam Pada Ilahi..::
Semangat yang kononya diwarisi turun-temurun daripada semangat kesatria samurai (Pahlawan Ulung Bangsa Jepun) dan semangat ini telah membawa perubahan besar dalam pembangunan kemajuan Jepun yang tiada penafiannya. Pidato Meiji yang sangat popular “kita sudah punyai baju barat, kereta kebal, pistol tapi kita tidak boleh lupa asal kita, dari mana kita datang” .
Secara akalnya, selepas pengeboman Hiroshima dan Nagasaki oleh Amerika melenyapkan bangsa Jepun dan melumpuhkan ekonominya Namun kurang 20 tahun mereka kembali bangkit dan digelar sebagai Naga Asia.
7 Prinsip Bushido
1. Gi (Pengambilan keputusan berdasarkan kebenaran, meskipun mati dengan keputusan itu, matilah dengan gagah karena matinya terhormat),
2. Yu (Berani dan kestaria)
3. Jin (murah hati, mencintai sesama)
4. Re (Santun, bertindak benar)
5. Makoto (Bersikap tulus, setulus-tulusnya)
6. Meiyo (menjaga kehormatan, martabat dan kemuliaan)
7. Chugo (Mengabdi)
Sebuah syarikat kereta Mitsubishi yang terkenal telah mengaplikasikan Semangat Bushido dalam persekitaran kerja mereka. 7 Prinsip ini dihayati dan diingat setiap pagi sebelum memulakan kerja. Setiap pagi juga mereka akan melaungkan “Aku JUARA” sebanyak 20 kali. Cuba sekarang anda laungkan AKU JUARA 20 kali dan apa yang anda rasakan sekarang? Bersemangat, ingin maju kehadapan dan berkobar-kobar. Inilah yang dirasakan oleh mereka.
Namun, apa yang ingin saya sampaikan ialah Islam telah menyediakan lebih hebat daripada Semangat Bushido tersebut dengan apa yang terkandung dalam Al-Quran. Allah adalah Kalam Allah. Mulakan pagi anda (permulaan kerja) dengan membaca Al-Quran. Insyallah produktiviti dan semangat bekerja lebih dirasakan kerana Yakin akan janji Allah “Kerja sebahagian daripada IBADAH kepada ALLAH”. Bukan sahaja bersemangat malah dapat pahala lagi.
Saya tertarik dengan persekitaran kerja di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan saya cadangkan ia diikuti di semua tempat kerja di Malaysia. Apa yang berlaku disana?
Setiap pagi (8.30 pg) semua pegawai dari semua peringkat di bahagian masing-masing akan berkumpul di Bilik Mesyuarat untuk Membaca Al-Quran beramai-ramai. Bacaan ini dipimpin oleh seorang pegawai secara bergilir-gilir setiap hari dan diikut beramai-ramai satu ayat demi satu ayat. 10 Ayat setiap pagi dan bacakan juga terjemahannya.
Firman Allah Ta’ala Surah Al-Ahzab 41-42
“Hai orang-orang yang berIman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadaNya di waktu pagi dan petang.”
Firman Allah Ta’ala Surah Ab-Nisa’ 103
“Maka apabila kamu telah menyelesaikan solat (mu), ingatlah Allah di waktu berdiri, di waktu berdiri, di waktu duduk dan diwaktu berbaring.”
[sumber artikel diambil dari http://hariridaud.wordpress.com/







