Tuesday 25 September 2012

Makan-makan...

Lidah goreng kunyit

Sup kaki ayam takda tulang

Lidah goreng black pepper
 
Minggu lepas sempat makan menu yang terbaiklah...eksotiklah bagi yang tak pernah menjamah =) . tapi yang sedap kita kongsikan menunya...restoran ni terletak di jalan tikam batu - sg.petani. restoran saraa..antara menu yang special seperti..lidah goreng kunyit,sup kaki ayam takda tulang dan lidah goreng black pepper..apa salahnya mencuba..cuba jangan tak cuba =)

Thursday 8 March 2012

..TIPS EXAM DI SAAT2 AKHIR..

Assalamualaikum wbt..

Kepada siswa siswi UiTM Kedah dan khususnya para pelajar saya yang akan menghadapi peperiksaan akhir semester ini, selamat berjaya diucapkan. Semoga kalian meraih kejayaan dengan cemerlang. Sama-sama kita doakan.

Bittaufiq wannajah!!


..TIPS EXAM DI SAAT2 AKHIR..

1. Semak bahagian yang sukar. Fahami dan kuasai topik tersebut. Buat latihan yang berkaitan dengan subjek tersebut dan semak jawapannya. Lihat dan fahami rangka jawapan yang diberi

2. Bagi topik yang mudah, bukanlah perlulah diabaikan. Tetapi, buat banyak latihan dengan pantas. Ini dapat menambahkan keyakinan pada hari peperiksaan itu nanti

3. Ulang kaji kembali nota-nota ringkas yang dibuat sebelum ini. Jangan baca nota yang panjang lebar. Ini dapat mengelakkan perasaan panik apabila melihat isi kandungan yang banyak yang perlu dibaca

4. Jangan terlalu bimbang atau resah. Teruskan mengulangkaji dengan kaedah yang betul. Selain mengulangkaji pelajaran, masa yang masih lagi ada itu, haruslah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk menyiapkan diri dari segi fizikal,emosi, mental dan rohani.TAWAKAL SETELAH BERUSAHA.INSYAALLAH.

Rabbi Yassir Wala Tuassir,Good Luck Guys!

Sunday 26 February 2012

Tiupkan Semangat Diri!!

"Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan."

"Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa."


"Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah."


Selamat Bermotivasi =)

Saturday 25 February 2012

Mutiara Kata- Kongsikan Bersama

Oleh kerana terdapat permintaan agar saya mengumpulkan semua mutiara kata untuk dikongsikan..jadi saya wujudkan blog ini untuk menjadi wadah perkongsian mutiara kata dan nasihat untuk manfaat bersama =]
 

Himpunan Mutiara Kata

1. Wanita sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda. Wanita sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul. Wanita sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya. 
2. Girls are like apples on trees. The best ones are on top. But sometimes, boys don't want to reach all the way to the top so they get the rotten ones at the bottom. So girl, if you are lucky there's should be a right boy who is willing to go all the way for you.
3. Hati manusia sangat fleksibel, tersentuh, mudah bimbang tatkala takdir tidak sebulu dengan fitrah, tatkala diserang malapetaka di luar dugaan resah bukan kepalang, akal separa waras.Bila keinginan diharapkan menemani, datang pula bebanan menghantui.
Manusia tidak selama-lama akan kebal, pasti ada satu saat dia akan tunduk, jatuh. Oleh kerana itu, Islam mengajar agar kita tidak sombong untuk belajar daripada alam, pengalaman, sirah buat pendinding kalis kecewa, sengsara, dan lara.
Kita mesti selalu jadi baik, agar yang baik juga Allah Taala jodohkan untuk kita. ^^